Jumaat, 18 Disember 2009

TIPS : Bagaimana mendidik anak

petikan email:

tidak salah mengajar anak2 berdikari.tetapi membiarkan anak2 mandi sendiri pada usia 2 tahun kurang sesuai rasanya. orang yang belajar psikologi mungkin lebih faham.. waktu memandikan anak adalah waktu yang disukai oleh anak2. sentuhan seorang ibu waktu memandikan anak2nya dapat mengeratkan lagi hubungan dan rasa kasih di antara ibu dan anak. Saya sendiri setiap pagi akan memandikan anak2 yang akan ke sekolah..(yang di bawah umur 8 tahun). lepas umur 8 tahun..mereka mandi sendiri. Bagi saya, waktu memandikan anak2 adalah satu 'quality time'..walaupun sekejab, tetapi amat berharga buat anak2.sebab itu, suami isteri pun ada masanya digalakkan mandi bersama. Maaf, kalau macam melencong dari topik asal. tapi ini adalah fakta...

sama juga dengan makan, anak2 suka disuap oleh ibu atau ayah..saya jarang dapt menyuap anak2 makan kecuali pada hari cuti. suami pula suapkan anak2 makan pada waktu malam. anak saya yang ketiga dah berumur 11 tahun, tetapi ada masa masih meminta saya menyuapnya makan.bukan banyak, dua tiga mulut pun dah cukup.

Saya pernah terbaca di dalam kitab Muwatta' karangan Imam Malik, belliau ada menyebut, jangan memukul anak2 yang berusia di bawah umur 5 tahun. penjelasan yg diberikan oleh seorang doktor ialah kanak2 yang dipukul pada usia terlalu muda akan menjadi kaki buli, suka memukul dan menjadi org yang bengis. Sebab tu, Rasulullah s.a.w berkata, ajarlah anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun. dan jika anak2 enggan mendirikan solat pada usia 9 tahun, pukullah mereka.Maksudnya, usia yang sesuai utk dipukul adalah 9 tahun ke atas..tapi bukan pukulan yang mendera.setakat utk mendidik.

"Bedtime story".. membaca buku cerita utk anak2 adalah satu lagi masa yang berkualiti. anak2 amat gemar kalau ibu atau ayah membacakan buku cerita kepada mereka. kita boleh bacakan kisah Nabi2, kisah para sahabat, kisah alim ulamak atau kisah yang mempunyai tauladan. waktu kanak2 saya paling suka mendengar cerita dari ibu saya. ada dua kisah yang masih kuat di dalam ingatan saya. kisah Florence Nightingale, jururawat yg berhati mulia..dan kisah dua sahabat dan seekor beruang. Seorang pelajar saya ..Nani Abdul Rahman pelajar cemerlang yang mendapat anugerah di Raja pada 3 tahun lepas pernah menyebut (sewaktu membuat ucapan pada hari konvokesyen) ,
Setiap kali ibu saya pulang dari kerja, saya akan meminta ibu membacakan buku cerita yang sama. Berulang kali sehingga jikalau ibu saya meninggalkan sebaris ayat pun, saya akan meminta ibu mengulangi cerita tersebut. dan saya hanya meminta tanpa menyedari betapa penatnya ibu saya apabila pulang dari pejabat."

Menghantar anak2 ke muka pintu dan mencium mereka sebelum mereka ke sekolah juga amat disukai oleh anak2..amalan ini lebih baik daripada memberi duit poket yang banyak kepada mereka. Dan anak2 yang selalu dicium ini akan menyambung amalan ini apabila mereka menjadi seorang isteri, seorang suami, seorang ibu dan ayah . Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi". jadi, mencium anak2 adalah satu cara meluahkan kasih sayang kepada anak2 kita. Tapi ciuman di pipi atau di dahi saja ya..

Utk sahabat2 semua, jika ingin mendapatkan penjelasan lanjut, cuba cari buku tulisan Abdullah Nasih Ulwan, cara mendidik anak2 menurut Islam