Jumaat, 29 Januari 2010

Air Masin dan air tawar tak bercantum


Mengimbas sejarah pertemuan antara dua laut ini ialah apa yang berlaku dekat
South America, kat Amazon (Bukan di Cape Town South Africa).

Dua sungai ni mengalir bersama-sama dan akhirnya bertemu di laut.
Yang bestnya, kat laut tu pun 'mereka berdua' takmo bercantum.
Antara keduanya takde pemisah, takde tali tangsi, takde blok, takde penapis, mahu pun jaring ikan.
Semuanya bergerak mengikut ketententuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Meskipun ada ombak besar, ribut taufan atau gempa bumi (takde kot) yang melanda, namun
'mereka' tetap tidak bercantum dan tidak melompat menyeberang antara satu sama lain.

Saintis telah pun mengkaji 2 sungai ni, dan didapati kedua-duanya mempunyai perbezaan
komposisi, suhu, kemasinan dan juga ketumpatan. Tetapi al-Quran sudah menyebutnya 1400 tahun lampau. Masa tu ilmu sains mana ada lagi. Cuma zaman kini lah pun para saintis dapat membuktikannya melalui penemuan demi penemuan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan