Jumaat, 29 Januari 2010

Dalam Laut Ada Sungai?





Kat mana 'sungai' ni?

Ianya terdapat di satu tempat di Cenote Angelita , Mexico. Di sanaterdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kitamenyelam sedalam 30 metar. Namun begitu jika kita menyelam sedalam 80meter maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungaiberkenaan yang berair masin. Ianya benar-benar meyerupai sebuah anaksungai yang mengalir di bawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas daribatang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya.

Penulis pernah menyelam sedalam 80 meter ‘Scuba Diving’ di PulauPerhentian sewaktu berkhidmat dengan LKIM, boleh merasai bila melihatgambar berkenaan. 80 meter sebenarnya tidaklah begitu dalam namun kitaakan merasai kesejukan air berlebih lagi jika ianya air tawar.

Yang anehnya air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan airtawar sungai berkenaan. Ianya mengalir seperti sungai-sungai biasadipermukaan membentuk dan mengalir seperti biasa.

Para pengkaji mengatakan bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalahlapisan hidrogen sulfida. Namun di sisi kita ianya sebahagian daritanda-tanda kehebatan ciptaan tuhan yang juga bersabit dari firman diatas.

Al-Quran : Ar-Rahman 19-21

[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

WA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan