Khamis, 5 November 2009

Kuasa Ajaib Mengikut Kumpulan Darah

Melatih Kuasa Ajaib Mengikut Kumpulan Darah

Semakin ramai orang mempercayai bahawa kumpulan darah yang berlainan akan membentuk sikap seseorang yang berbeza. Banyak situasi menunjukkan "sifat darah" akan berubah tetapi sikap manusia tetap sama. Para pakar berpendapat bahawa segalanya berpunca daripada sel-sel darah manusia. Kumpulan darah bukan sahaja boleh membentuk sikap yang berbeza tetapi ada sesetengah pihak mengemukakan teori baru iaitu kumpulan darah mencungkil kuasa ajaib seseorang.
Teori "Hubungan Kumpulan Darah dengan Kuasa Ajaib" dikemulan oleh pakar psikologi yang terunggul iaitu Professor J.B Laso. Beliau berpendapat bahawa setiap orang mempunyai kuasa ajaib tetapi orang ramai tidak mengetahui cara penggunaannya dan latihan tertentu. Pada masa yang sama, sesetengah latihan tidak mampu melatih kuasa ajaib seseorang dengan sempurna. Latihan yang berlainan dikehendaki bersesuaian dengan kumpulan darah seseorang, barulah kuasa ajaib seseorang dapat digunakan.

Di samping itu, pakar kuasa ajaib Amerika Syarikat iaitu Professor Alaur juga bersetuju denga teori Professor L.B Laso. Beliau pernah mengkaji beberapa orang manusia yang berkuasa ajaib. Didapati manusia yang berkumpulan darah berlainan mempunyai kuasa ajaib tertentu manakala seseorang hanya berkuasa ajaib tertentu untuk seseorang yang berkumpulan darah demikian. Beliau ingin meneruskan kajiannya dengan mengikut teori "Kumpulan Darah dengan Kuasa Ajaib".
"Kumpulan darah mampu mempengaruhi kuasa ajaib seseorang tetapi sesetengah latihan perlu dijalankan untuk melatih kuasa ajaib. Namun demikian, kajian perlu diteruskan untuk mendapatkan kesimpulan." Kata Proffesor Alaur.

Manusia Berkumpulan Darah B Mampu Mengumpulkan Perhatian

Latihan kuasa ajaib
Kumpulan B - Manusia berkumpulan Darah B mampu mengumpulkan perhatian, bersikap bebas dan suka berilustrasi. Dan mereka suka bermimpi dan berfikir perkara-perkara tentang masa depan. Sekiranya mereka berkuasa ajaib, mereka boleh meneka peristiwa masa depan. Jika mereka ingin melatih kuasa ajaib, mereka hanya perlu berilustrasi sepanjang masa.

Kumpulan O - Sikap manusia yang berkumpulan O bersikap bertentangan dengan mereka yang berkumpulan darah B. Mereka mementingkan dunia kenyataan. Mereka mengumpulkan perhatian untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, latihan untuk melatih mereka yang berkumpulan darah O ialah menumpukan perhatian untuk pergerakan dan pelengkungan objek.
Dari segi latihan, biasanya golongan wanita yang berkumpulan darah O menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dengan golongan lelaki yang berkumpulan darah yang sama. Professor Laso berjaya mengesan magnet negatif di dalam badan wanita yang boleh menggerakkan sessuatu objek dengan mudah. Sekiranya anda adalah seorang wanita, cara latihan demikian mampu melatih kuasa ajaib anda yang tersirat.

Mula-mulanya, anda dikehendaki menyesuaikan diri dan mengamalkan tabiat iaitu sentiasa menumpukan perhatian dari 5 minit hingga 30 minit. Seterusnya 1 jam. Objek yang dipilih bermula daripada bola ping pong hinggalah ke sebuah sofa atau sudu besi. Ketika anda menumpukan perhatian, jangan menerima sebarang gangguan tetapi hanya memikirkan pergerakan objek. Selepas beberapa kali berulang, mungkin sudu besi yang dipegang akan menjadi lengkung.

Kumpulan A - Sesiapa yang berkumpulan darah A mempunyai perasaan yang luar biasa. Mereka boleh mengesan manusia atau objek dari jarak jauh. Mereka yang berkumpulan O juga boleh melatih jenis kuasa ajaib ini. Langkah pertama, mereka boleh cuba meneka kedudukan rakan ketika rakan menelefon kepada. Mereka juga boleh menganggar kedudukan rakan mereka melalui sentuhan. Selepas anda berjaya mengesan kedudukan mereka sebanyak 5 kali dari 10 kali. Anda memang berpotensi memiliki kuasa ajaib itu.
Kumpulan AB - Hanya sebilangan manusia yang berkumpulan darah AB. Jadi, latihan untuk kuasa ajaib kumpulan AB agak rumit dan sukar. Biasanya manusia yang berkumpulan darah AB berkuasa ajaib luar biasa iaitu transperensi. Mereka boleh mengetahui isi kandungan buku tanpa membacanya. Mereka dikehendaki melatih kuasa ajaib ini melalui penekaan gambar yang tidak mengikut susunan. Selepas mencuba gambar yang mudah, sampailah huruf atau kandungan buku yang lebih rumit.
"Latihan Kumpulan darah yang disebutkan menggabungkan pelbagai jenis cara. Keberkesanannya bergantung kepada perhatian seseorang. Bukannya semua orang mampu melakukannya tetapi asalkan seseorang itu tabah hati, pastinya akan berjaya pada suatu hari nanti." Jelas Professor Laso.


nk percaya ke tidak..lu fikirlah sendiri..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan