Ahad, 15 November 2009

Suri Si comel buah hati Tom Cruise dan Katie Holmes







Suri pakai baju mewahBIARLAH mereka tampak selekeh, pemakaian anak harus diutamakan. Mungkin itu yang difikirkan oleh pasangan suami isteri, Tom Cruise dan Katie Holmes apabila sanggup menghabiskan wang sebanyak RM10 juta untuk pakaian anak mereka, Suri.

Pasangan itu mahu anak mereka yang berusia 3 tahun itu sentiasa kelihatan cantik dan mengenakan pakaian daripada pereka-pereka terkenal.

"Katie dan Tom sentiasa berbelanja besar jika melibatkan penampilan Suri. Mereka selalu berjumpa dengan pereka-pereka fesyen terkenal untuk mereka beberapa pakaian khas buat Suri," kata sebuah sumber kepada majalah Britain Closer.


Suri pernah dilihat mengenakan baju daripada jenama Giorgio Armani, Donatella Versace, Roberto Cavalli dan Burberry. Malah, Katy juga meminta pereka kasut terkenal, Christian Louboutin untuk mereka kasut Suri.

Tambah sumber tersebut: "Katie akan membeli beberapa pasang kasut daripada Louboutin agar dapat bertukar kasut mengikut penampilan yang dikenakan Suri.

"Suri juga mempunyai kasut daripada Mary Jane berharga RM650 selain beg jenama Valextra yang bernilai RM12,500."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan