Rabu, 18 November 2009

Sindrom otak bayi bergegar

n 20 Januari 2005 - Mohamad Nabil Nazwan Zainal Abidin,sembilan bulan, dari Kampung Kenanga, Rawang, Selangor tidak sedarkandiri selepas terjatuh. Doktor yang memeriksa mangsa mendapati ada kesanlebam dan bengkak di kepalanya.


n 13 April 2006 - Anak lelaki penyanyi pop terkenal, BritneySpears, Sean Preston yang berusia tujuh bulan dimasukkan ke hospitalakibat terjatuh di rumah penyanyi itu di Malibu, California, AmerikaSyarikat.

n 14 April 2006 - Di Kampung Putat, Jalan Kodiang, Kedah,seorang bayi lelaki, Iskandar Zulkarnain terpaksa menerima 24 jahitandi kepalanya akibat cedera parah selepas terjatuh daripada motosikalyang ditendang oleh seorang peragut.

Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkananak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepalajika si bayi terjatuh?

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan PediatrikMalaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaiansememangnya tidak digalakkan.


"Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yangdimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian sertapenggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi," katanya.


Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding,gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutanbuaian terlalu kuat

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayiyang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalambuaian.


"Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayikepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atauterhempas ke lantai.


"Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja," katanya.


Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang bolehberlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun iamenjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.


"Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harusdipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikutimuntah-muntah atau sawan.

"Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak," katanya.


Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala,Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarakketinggian anak itu jatuh.


Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otakmanusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otakbagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibatterjatuh.


"Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila diaberusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut.Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar," jelasnya.


Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar danberat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulukerana tidak dapat mengimbangi badan.


Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh.Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.


"Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh," katanya.
Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.


Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerjarumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalambuaian.


"Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya.Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuhatau dihempap spring atau besi sangat tinggi," katanya.

1 ulasan:

  1. JackpotCity Casino: Casino Near DC (By Phone)
    MapYRO has an 목포 출장샵 app 안산 출장안마 for driving directions to JackpotCity Casino, located in District 10, When 평택 출장안마 looking for directions to 경산 출장안마 JackpotCity Casino, please 바카라사이트 use

    BalasPadam