Khamis, 12 November 2009

Rahsia muda Dr. Mahathir



MINGGUAN: Apa hobi Tun pada masa lapang?
Dr. Mahathir: Sebenarnya
saya tidak banyak masa
lapang masa kini kerana kerap menulis. Saya mempunyai banyak rencanauntuk blog saya, untuk memoir saya dan ada juga tulisan berkenaandengan tajuk-tajuk tertentu yang belum lagi saya keluarkan. Kalau adamasa, saya cuma tonton televisyen sahaja. Hobi sebenar, tak ada lagi.
Tun nampak muda daripada usia sebenar, apa rahsia Tun kelihatan cergas dan bertenaga?
Dr. Mahathir: Saya memang aktif daripada dulu pun. Saya percayakalau kita aktif terutama setelah kita bersara dan tidak ada lagitugas-tugas tertentu, itu sendiri mempunyai kesan baik kepada kesihatandan kecergasan kita. Jadi kerana kita cergas, maka kita akan merasalebih sihat dan kerana kita sihat, maka kita lebih cergas. Jadi, orangyang bersara patut mempunyai hobi atau apa-apa minat tertentu yang akanmenghabiskan masa siang dan malam mereka.
Bagaimana Tun memastikan keadaan kesihatan sentiasa stabil?
Dr. Mahathir: Saya jaga kesihatan saya. Memanglah kadang-kadangdapat juga penyakit seperti dahulu saya dapat penyakit jantung dan itutelah dirawat dan dibedah. Dan sekarang ini saya sudah pulih daripadasakit itu dan lega daripada kesan pembedahan.
Saya selalu mengambil berat tentang keadaan kesihatan saya iaitukalau ada apa-apa yang saya rasa kurang baik, maka saya bertanya kepadadoktor saya dan saya biasanya mengikuti arahan-arahannya dan ubat-ubatyang perlu saya
makan. Selain itu, saya bersenam, saya berjalan dan saya juga gunatreadmill kalau tak dapat berjalan kerana hujan atau lain-lain perkara.
Apa makanan kegemaran Tun? Adakah Tun menitikberatkan aspek pemakanan?
Dr. Mahathir: Makanan saya makanan biasa iaitu nasi dengan kari.Walaupun kadang-kadang saya pilih masakan barat atau Jepun tetapikegemaran saya, saya fikir semua orang tahu, daripada lauk-lauk yangsaya makan yang paling saya suka adalah daging bakar cicah air asam dansayur keladi. Ini adalah kegemaran saya.
Tetapi saya tak makan terlalu banyak. Selalunya sederhana. Sayamakan hampir semua, tak ada yang saya pantang sebenarnya. Dan setiapkali saya timbang berat untuk menentukan saya tidak terlalu berat.
Apakah aktiviti senaman kegemaran Tun?
Dr. Mahathir: Saya buat sikit-sikit sahaja iaitu saya angkat dumbelpagi-pagi dan saya buat senaman tarik nafas dan selain itu, saya jugaguna treadmill dan berjalan.
Pada usia ini, sudah tentu Tun gemar bercuti dan melancong bersamakeluarga? Apakah aktiviti riadah atau destinasi percutian Tun?
Dr. Mahathir: Saya jarang bercuti sebenarnya tapi setahun sekalisaya ambil cutilah. Dalam 10 hari atau dua minggu. Tapi masa cuti punkalau ada kerja yang boleh buat, saya buat juga. Dan saya selalu keluar negara kerana ada urusan di sana, memberi ucapan-ucapan setelahdijemput oleh banyak kumpulan-kumpulan. Semasa bercuti,seboleh-bolehnya saya ingin supaya keluarga saya ikut bersama. Sayabiasanya bercuti di laut
Mediterranean. Saya suka naik bot di Laut Mediterranean dan pergi kebandar-bandar kecil di tepi-tepi laut seperti di Turki dan Greece dankadang-kadang juga di Perancis.
Apa rahsia kebahagiaan rumah tangga Tun dan Tun Dr. Siti Hasmah yang telah bersama selama 53 tahun?
Dr. Mahathir: Dalam soal kebahagiaan rumah tangga, saya berpendapatbahawa apabila kita berkahwin, kita mesti bersikap bertanggungjawab.Kalau ada perpisahan, ia menyakitkan orang lain termasuk anak saya. Dansaya tak nak mereka menjadi tidak senang kerana kelakuan saya. Sebabitu saya lebih suka walaupun kita memanglah ada masalah, mungkin salahfaham antara suami isteri, tapi akhirnya kita atasi dan kita balikberdamai. Dan saya tak minat
untuk menyakitkan hati sesiapa termasuk isteri saya dengan mengadakan kegiatan-kegiatan yang kurang baik.
Sejak bila Tun perlu memakai cermin mata?
Dr. Mahathir: Saya mula pakai sejak umur 14 tahun lagi. Tapi rabunmata saya tidak kuat. Kalau saya buat ujian mata, saya boleh baca semua.
Saya bernasib baik kerana tiada katarak. Ada sedikit tetapi tidak mengganggu.
Apa pendapat Tun tentang kesedaran masyarakat sekarang tentang penjagaan kesihatan seperti virus H1N1?
Dr. Mahathir: Ini bergantung pada diri sendiri. Kita tidak bolehberharap Jabatan Kesihatan selamatkan kita, menolong kita daripadadapat jangkitan. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan. Kalau kitatidak dekat orang yang ada jangkitan, kita tidak dapat kerana asasnyaada jangkitan. Kita perlu elak daripada berjumpa dengan orang ramai.Kita di sini seolah-olah tidak mengambil berat tentang pemakaian mask(topeng muka) walaupun sudah diarahkan. Ramadan yang lalu, saya pergipasar Ramadan, saya pakai topeng tetapi pelanggan-pelanggan danpenjual-penjual tidak memakainya.
Kita tidak mengambil berat pasal ini. Misalnya, hidung berair, ini kena berubat dengan cepat.
Apakah nasihat Tun kepada masyarakat dalam menjaga kesihatan seperti penjagaan jantung?
Dr. Mahathir: Saya berpendapat masyarakat mesti mengambil tahutentang kesihatan diri sendiri. Yang itu mereka mesti jaga daripadaawal supaya tidak menjadi terlalu gemuk kerana makan keterlaluan danmereka jaga supaya mereka
cergas, jaga tubuh badan mereka terutamanya menjaga gigi dan lain-lain bahagian dalam badan kita.
Seboleh-bolehnya tidak makan barangan yang boleh mendatangkanpenyakit kepada kita terutama kolestrol dan lain-lain kita makan secarasedikit, tak terlalu banyak.
Apa yang dilarang, kita cuba elak. Jadi dengan cara kita selalumengambil berat tentang kedudukan tubuh badan kita, saya fikir inimemberi alamat untuk mengelak lebih awal sesuatu yang tidak dikehendakiterutama berkenaan berat badan. Dan kita punya profail, kalau kitatengok sesetengah orang perut mereka buncit kerana mereka tak jagamakan. Ini yang menyebabkan kemudiannya mereka tak nampak sihat.Walaupun mungkin mereka kuat dan sihat tetapi dengan profail yang takbegitu menarik, mereka akan tidak nampak sihat. Dan sebenarnya bilanampak tak sihat akhirnya betul-betul akan menjadi tak sihat.
utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan