Jumaat, 13 November 2009

PEMBUNUH SENYAP SILING ABESTOS / MESOTHELIOMA

Tahukah anda sebenanya tanpa kita sedari dirumah kita terdapat pembunuh senyap yang amat mengerunkan. siapakah pembunuh tersebut? tak lain tak bukan ia adalah SILING ABESTOS. untuk
pengetahuan anda siling abestos mempunyai habuk yang sangat halus yang sentiasa gugur dan berterbangan diudara dan sangat mudah memasuki tubuh kita setiap kali kita menarik nafas terutama ketika kita sedang tidur. Habuk dari abestos ini akan mengakibatkan CANCER dan juga dikenali sebagai MESOTHELIOMA
kepada anda yang mempunyai bayi dapatkan langkah segera untuk melindungi anak yang tak berdaya ini kerana risiko kepada bayi mungkin lebih tinggi kerana mereka sentiasa berbaring dan tubuh yang masih lemah.

Mungkin ada diantara kita yang mengetahui tentang bahaya siling abestos ini tapi sengaja tidak mengambil berat tentang risiko yang bakal melanda dan bagi yang masih belum mengetahuinya sebaiknya ambil langkah segera untuk mencegah risiko merbahaya ini sebelum terlambat, dapatkan info terperinci disini:
MESOTHELIOMA INFO.

Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pakar-pakar perubatan sedunia telah mengharamkan penggunaan abestos untuk siling rumah dan kini banyak syarikat membuat siling telah bertukar kepada bahan lain yang lebih selamat seperti siling UAC atau serabut simen dan juga siling kapur atau lebih dikenali plaster
siling.

Tapi bagi rumah-rumah kita dikampung atau rumah kita sekarang yang mungkin dibuat sepuluh tahun yang lalu berkemungkinan masih menggunakan siling abestos. cuba anda dapatkan pengesahan dari pemaju yang membina rumah anda tersebut ini demi keselamatan anda dan keluarga anda terutama bayi anda. untuk langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko CANCER ABESTOS /LUNG ABESTOS anda boleh mencuba lankah ini:

1.tutup bayi anda dengan kelambu dan hamparkan kain diatas kelambu tersebut supaya habuk abestos hanya gugur diatas kain tersebut.
2.bagi orang dewasa seperti anda rentangkan kain dibawah siling bilik tidur anda untuk menahan habuk abestos tersebut.

Tapi langkah ini hanya sebagai mengurangkan risiko, tapi belum dapat mencegah 100% risiko CANCER kerana habuk dari abestos sentiasa gugur berterbangan setiap masa dan kita berkemungkinan menyedutnya samada sedang duduk, berjalan, makan atau sebagainya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan