Khamis, 5 November 2009

Loghat/Dialek Bahasa Kedah

berikut penemuan cheq berkenaan bahasa kedah yang cheq rasakan menarik

banyak perkataan Bahasa Inggeris yang sama digunakan dalam bahasa kedah..adakah 

ianya satu kebetulan?

What = Awat?
They Far = Depa,
Pardon = padia
Metallic =Merelit.
Cry =keriyau(nangis)
Pure =Piau 

plaih = flask

low luck=lolaq!!..
balance=belen

leaking=lekang

kiranya org kedah ni byk pengaruh org putih lah kan..hehehe

teringat masa baru kawin...asben cerita tok cheq ajak dia menyorok...dia penin buat apa nak menyorok..padahal ajak bekpes...(asben ore klate)

lagi, kami ckp segan tu =malas
tp org len segan = malu..
masa kat kampus membe org Joho ajak lunch cheq kata segan (means malas) tak psl kena gelak sbb dorang ingtkan kita ni malu nk lunch!
adeiii...

dekat kedah takdak Biskut..semua roti.hahaha

kami xdak gula2..semua cekelat!

kami juga xdak selipar..semua kasut..kasut jepun = selipar jepun..hahaha

kat kedah kopek = dompet
jaga - jaga kalau guna kopek kat belah timur. Contoh ayat," Aku jumpa kopek hang jatuh tadi"..hahaha..naya

kalo xpham makna.jgn dok tebiang nk sebut..satg maksud jd lain..jenuh bertumbuk..
cth : kedah sbut mangga = pelam..ada sbb org Kleantan tak sebut pelam tp pauh..mangkalu sebut jugak dgn slank k'tan tuh..maksudnya?? ngeh3..mau bertumbuk tangtu.

kalo air yg dh si masak s/ada sejuk ka panas la....kita bantai sebut "ayaq masak" tp org KL siap separate sebut air puteh la..air panas mati la..mcm2..

Tapi yg cheq paling bangga...Gerek=Basikal

ada sumber kata basikal dicipta mat saleh tapi xada aksesori..
sampai diKedah dipomen oleh suku sakat pastu ditambah gear & brek maka dipanggil la GEREK cantuman gear & brek

kesimpulannya..cakap kedah menjimatkan masa skit, sebab ekonomik... xyah guna ayat panjang2, guna satu ka dua perkataan yang ada makna konteks bagi banyak makna... pandai2 la yang dengaq tu teka..kan kan kan

tapi dari segi sejarahnya...

Terdapat unsur-unsur Arab dan India dalam dialek Melayu-Kedah. Unsur Arab itu adalah seperti yang dituturkan oleh seluruh masyarakat Melayu Kedah di Lembah Kedah manakala unsur India pula hanya terdapat pada masyarakat Melayu Kedah di Pulau Pinang yang membezakan mereka dengan suku Kedah yang lainnya. Terdapat dua pengwujudan bahasa Arab dalam dialek Melayu-Kedah. Pengwujudan yang pertama adalah sebagai geseran anak tekak (frikatif uvular) dan bunyi ini terdapat pada sebelum dan antara vokal, misalnya ‘larat’=laqhat, ‘ramai’=qhamai. Penggunaan huruf ghain ( ﻍ ) terdapat dalam pengwujudan pertama ini. engwujudan kedua pula adalah sebagai geseran faringgal (frikatif faringgal) yang sama dengan bunyi ain’ ( ﻉ ) dalam bahasa Arab. Misalnya, ‘ajar’=ajaq, ‘lapar’=lapaq, ‘air’=ayaq.

Di Pulau Pinang, dialek Melayu-Kedah yang dituturkan adalah lebih kasar berbanding apa yang dituturkan oleh suku Melayu Kedah yang tinggal di Kedah, Perlis dan Perak Utara. Banyak perkataan bahasa Tamil yang diambil sebagai bahasa percakapan suku Melayu Kedah di Pulau Pinang. Antaranya, perkataan ‘nana’ yang bermaksud ‘abang’. Masyarakat India Muslim banyak terdapat di Pulau Pinang dan ini telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara orang Melayu dan orang India disebabkan persamaan agama. Golongan ini dikenali sebagai Jawi Peranakan samalah seperti kaum Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya di negeri Melaka


1 ulasan: